Musim Liga minggu 1 baru saja berakhir! Juara pada Musim 3 Geek Fam, diketuai oleh Xorn, kini berada di kedudukan teratas selepas berjaya mengalahkan pasukan Bosskurr dan juara Musim 4, EVOS SG. 

Pada minggu pertama musim ini, pasukan Geek Fam memperlihat kan satu barisan pemain yang berbeza dengan musim lalu iaitu, Xorn, Dominus, Rumpel, Artz, Feekz and Ozoraveki. Dengan ada nya barisan pemain baru, adakah strategi yang ditunjukan juga akan berubah?

Strategi baru dari para pasukan.

Pada minggu pertama, Geek Fam bermain dengan cemerlang pada kedua dua perlawanan. 

Pada hari pertama menentang EVOS Esports SG, Geek Fam telah menggunakan ‘minion wave strategi’ yang ternyata berhasil, setelah mereka berjaya mengalah juara musim lalu itu. 

Selain itu, Xorn yang menggunakan Grock juga sangat bijak mengatur strategi dengan mengumpan pasukan EVOS di base sementara pasukan nya mengambil Lord. Geek fam telah menunjukkan permainan yang sngat berkualiti, dengan pengawalan map yang sangat bagus.  

Selain itu, antara strategi menarik yang telah dibawakan adalah melalui permainan antaran SMG dan Orange Esports SG. Pada perlawanan itu, pasukan SMG telah menggunakan ‘Man Mask strategi’ yang popular dan sering digunakan oleh pasukan Filipina pada MPL sebelum ini. 

Pada dasarnya strategi ini digunakan untuk mendapatkan kelebihan exp dan gold untuk meningkat ke level 2 lebih awal. 

Satu-satunya kelemahan yang nyata untuk ini adalah bagaimana strategi ini selari dengan permainan mereka dan berapa banyak koordinasi yang diperlukan? Adakah strategi yang sama akan digunakan oleh pasukan lain pada perlawanan minggu-minggu seterusnya? 

Kelemahan yang ditunjukkan

Pada minggu pertama ini, dapat kita lihat beberapa pasukan yang menunjukkan prestasi kurang mantap. Terutamanya, pasukan Todak. Apa yang berlaku kepada pasukan ini? 

Todak, finalis Musim 4 dan antara 3 pasukan teratas di M1, berkedudukan paling bawah pada minggu pertama. Kalah kepada EVOS SG dan Notorious Villains (NV), Todak dilihat seperti hilang arah.

Manakala, kedua dua pasukan dari Singapura itu pula masing2 cuba untuk menunjukkan permainan yang terbaik. Pemain “Tank” dari Notorious Villains, Kolia, yang juga kapten kepada pasukan itu, telah berjaya mengetuai pasukannya dalam pertempuran menentang Todak yang amat sengit dengan 28 “assist” dalam 3 set permainan.

Apakah yang akan terjadi pada perlawanan Minggu kedua antara Todak dan Resurgence nanti? Masih ada harapan untuk Todak kembali mengambil hati para peminat mereka? 

Prediksi minggu hadapan
Minggu ini telah berakhir dengan aksi-aksi yang sangat hebat ditunjukan setiap pasukan. Adakah Geek Fam akan terus memenangi perlawanan yang akan datang? Atau adakah Todak akan semakin menyerlah dan bangkit setelah menyedari kesilapan mereka? 

Mal dari Orange Esports Reborn telah menjadi MPV of the week pada minggu ini dengan membuktikan dirinya mampu menjadi pemain pro. Dia merekodkan catatan 38 “kill” dalam 6 set permainan. Hero kegemarannya ialah Bruno, tetapi dia juga mahir bermain hero yang lain. Anda rasa, mampukah Mal menjadi MVP untuk Minggu 2 juga?