Selepas 5 minggu pertembungan Musim Liga MPL-MY/SG Musim 5 yang amat intense, kini sudah tiba masanya untuk kita beralih kepada Playoffs.45 perlawanan dan 110 games telah dimainkan secara keseluruhan!
8 pasukan teratas telah dipilih untuk merebut peluang memenangi hadiah yang bernilai USD$51,000. Di playoffs ini juga, pasukan terbaik Malaysia dan Singapura akan ditemukan untuk menjadi wakil negara bagi Piala Asia Tenggara (MSC 2020) pada 10-14 Jun nanti.
Tahniah buat 8 pasukan yang telah berjaya mara ke Playoffs. Resurgence dan Geek Fam telah melabuhkan tirai Musim Liga dengan hanya satu kekalahan! Axis Esports hampir-hampir disingkir kan, tapi berjaya di selamatkan dengan mata kemenangan milik mereka dalam menentang Siren Clan 2-0 pada minggu pertama.
Berikut adalah lapan pasukan yang layak dengan bangga memasuki Playoff!
Upper Bracket:
Resurgence vs Bosskurr
Kita akan menyaksikan perlawanan yang hebat antara kedua pasukan ini. Resurgence yang setakat ini memegang rekod teratas dalam carta kedudukan sememangnya merupakan lawan yang hebat untuk pasukan Bosskur.Mereka hanya tewas satu perlawanan sepanjang musim (berbanding EVOS SG) dan sebaliknya menyapu pasukan lain dengan kemenangan penuh.
Pasukan Bosskurr dilihat menunjukan prestasi yang tidak konsisten sepanjang musim Liga Musim 5 berlangsung. Ini membuat kan pasukan itu harus berhati hati dengan setiap strategi dan pemilihan meta yang mereka lakukan. Dengan perbezaan mata besar antara Bosskur dan Resurgence (14 mata vs 3 mata) adakah peluang bagi pasukan ini untuk memperoleh kemenangan?
Walaubagaimanapun, setakat ini pencapaian Bosskurr dalam mengalahkan Orange Esports Reborn dan Team SMG untuk memasuki Upper Bracket dilihat memberansangkan dan tidak boleh dipandang rendah oleh Resurgence. Malah yang lebih memeranjatkan, pasukan Bosskurr juga berjaya mengalahkan EVOS 2-1 pada Minggu ke-4 Musim Liga.
Dengan adanya Leixia di dalam pasukan, Bosskurr mampu melancarkan serangan yang kuat pada pihak musuh. Leixia sering menjadi tonggak utama dalam perlawanan pasukan itu. Namun, adakah pasukan ini mampu untuk mengalahkan pasukan terkuat Singapura, Resurgence pada Playoffs nanti?
Geek Fam vs EVOS SG
Perlawanan antara kedua dua sang juara ini sememangnya dinantikan-nantikan oleh para peminat. Pasukan Geek fam dilihat menunjukan prestasi yang konsisten sepanjang Musim ini berbanding Musim 4. Ini membuatkan juara MPL MY/SG Musim 3 ini sangat digeruni pada Musim ini.
Geek Fam yang sebelum ini telah mengalahkan EVOS SG pada Musim Liga Minggu 1 telah membuktikan bahawa mereka telah mengkaji strategi permainan pasukan EVOS. Pasukan ‘Singapore Slayers’ ini juga pernah mengalahkan EVOS SG dalam final playoffs Musim 3. Dapatkah sejarah yang sama berulang kembali?
EVOS SG mempunyai kelebihan dari segi pemain mereka. EVOS SG, Fossa telah memainkan peranan yang paling penting dalam usaha menamatkan “winning-streak” Resurgence. Dia juga telah menjadi ‘’MVP’ pada Musim Liga Minggu 5. Fossa dilihat sebagai pemain terulung Singapura yang menonjol dalam role Marksman, dengan rata-rata K.D.A 9.0!
Mampukah Fossa membantu pasukannya megalahkan Geek Fam di Playoffs? Apakah strategi yang akan digunakan oleh kedua dua pasukan dalam Playoffs nanti?
Lower Bracket:
Orange Esports Reborn vs Axis Esports
Kita akan menyaksikan perlawanan antara pasukan baru, Orange Esports Reborn menentang juara Musim 2, Axis Esports. Orange Esports Reborn nampaknya mempunyai kelebihan dengan adanya bekas captain Axis Esports iaitu Silo dalam pasukan mereka.
Bekas pemain Axis Esports (dahulu dikenali sebagai Saiyan Reborn), Silo kini akan bertemu semula dengan bekas pasukannya di lower bracket Playoffs MPL-MY/SG. Pasukan Orange Esports Reborn nampaknya sangat memahami strategi dan permainan pasukan Axis Esports. Mereka sebelumnya, telah berjaya mengalahkan Axis Esports pada Musim Liga Minggu 1. Nampaknya seperti pasukan sang juara Musim 2 ini akan berdepan dengan kekalahan sekiranya mereka tidak mengatur strategi dengan baik.
Axis Esports sebelum ini telah menggantikan Scott dan Zee dengan pemain Kid Meepo dan KaizerX. Malangnya, line up baru itu tidak menampakkan keserasian yang bagus. Sebelum ini, Pengurus pasukan Axis, Laphel berkata salah satu kelemahan Axis musim lalu adalah posisi offlane mereka. Oleh itu, mereka mengambil KaizerX untuk memainkan posisi tersebut. Sebaliknya, Kid Meepo memainkan pelbagai posisi dan dia akan mengisi kekosongan dalam pasukan bergantung kepada keadaan. Namun, mengapa prestasi mereka pada musim ini dilihat semakin teruk?
Dapatkah Axis Esports memperbaiki kesilapannya dan menggunakan satu satunya peluang yang mereka peroleh dalam perlawanan Playoffs lower bracket menentang Orange Esports Reborn?
Todak vs Team SMG
Kedua dua pasukan Todak dan team SMG mempunyai kelebihan dan kelemahan masing masing. Sukar untuk diramal siapakah yang bakal memenangi perlawanan kalah mati di Playoffs nanti.
Ramai yang hairan dengan pasukan Todak pada musim ini. Mereka menunjukkan prestasi yang tidak memberangsangkan sepanjang Musim liga Musim 5. Pasukan gergasi Malaysia Todak dilihat tidak konsisten sejak bermulanya MPL-MY/SG berbeza ketika di M1. Namun Todak berjaya mara ke Playoffs setelah berjaya mengalahkan pasukan Axis Esports dan Team SMG. Kini pasukan Todak dan Team SMG akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan kalah mati di Playoffs. Dapatkah naib juara Musim 4, Todak memperoleh kemenangan sekali lagi ke atas Team SMG?
Pasukan SMG membuktikan prestasi mereka pada awal musim tidak mengecewakan dengan kemenangan berterusan pada minggu 1 dan 2. Namun, momentum yang ditunjukkan pasukan itu tidak kekal setelah bertembung dengan pasukan pasukan hebat Musim ini. Smooth dari Team SMG adalah pemain yang selalu melihat untuk mencari kill. Smooth setakat ini memperoleh 108 kill daripada 23 perlawanan. Namun begitu, pasukannya ketinggalan dari segi kemenangan perlawanan. Bolehkah Team SMG mengharapkan Smooth untuk membalas dendam ke atas Todak di Playoffs nanti?