Minggu kedua MPL-MY/SG, yang ditaja oleh Yoodo sebagai Telco Digital Rasmi, telah menyaksikan Geek Fam, Resurgence dan Team SMG memenangi perlawanan mereka dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam musim liga. Sebaliknya, Todak yang mendapat tempat kedua dalam musim keempat masih belum mencapai satu kemenangan. 

Momentum Yang Kuat

Geek Fam 2-0 Siren Clan 

Geek Fam (GF) meneruskan dominasi mereka dengan mendapatkan kemenangan menentang Siren Clan (Siren). Di kedua-dua perlawanan, pasukan Singapura tersebut kelihatan seperti keliru dan tidak mampu mencari waktu yang sesuai untuk bertindak untuk mencapai objektif mereka. Perlawanan 1 tamat hanya dalam tempoh masa 11 minit sahaja! Dengan Rumpel (Franco) dan OZORAVEKI (Diggie, MVP untuk perlawanan ke-2) pada pihak mereka, tidak dinafikan lagi bahawa GF boleh memenangi perlawanan tersebut. 

Sangat bagus melihat pasukan GF telah mendapat kekuatan mereka kembali selepas tersungkur semasa Musim ke-4, namun begitu keadaan bagi Siren Clan pula sangat merisaukan. Jika tiada peningkatan dalam masa terdekat ini, mereka akan menghadapi kesukaran untuk keluar dari zon penyingkiran.

Resurgence 2-0 Orange Esports

Resurgence juga telah menguasai pertandingan ini dengan kemenangan bersih berturut-turut. Orange Esports telah dikalahkan dengan teruk. Perlawanan 1 tamat dengan kill skor 2-23, manakala perlawanan 2 tamat dengan skor 19-2. OE seperti di tempat kedua dalam pemilihan hero dan juga permainan mereka. Mereka juga kelihatan seperti tidak tersusun dan akhirnya jatuh ke tangan RSG. RSG SynC sangat berharga, salah satu highlight menunjukkan Pharsa SynC di perlawanan 2 dengan KDA 11/1/6.

Resurgence 2-0 Todak

Todak adalah mangsa seterusnya bagi Resurgence, yang menunjukkan permulaan Musim ke-5 sangat lemah. Todak hampir mendapat perlawanan 1 dengan menguasai gold dan objektif tetapi RSG mendorong Todak membuat banyak kesilapan yang menyebabkan mereka kecundang di perlawanan itu.

Dalam perlawanan kedua, dua-dua pasukan kelihatan bermain secara selamat. Namun begitu, dengan hanya satu Lord dan perlawanan yang baik telah memudahkan Resurgence mengalahkan Todak. Todak telah mengatakan keinginan mereka untuk memenangi MPL, MSC dan M2, namun Musim Liga pun mereka tidak dapat lepasi pada sat ini. 

Adakah Mereka Sudah Cukup Bagus?

EVOS SG 2-1 Orange Esports

Pada hari kedua, Orange Esports jatuh lebih jauh lagi. Kedua-dua pasukan dalam keadaan yang membuntukan semasa perlawanan pertama. OE telah melakukan kesilapan semasa berlawan Lord, dan mereka tinggal dengan hanya dua orang pemain sahaja . Hal ini telah membenarkan EVOS untuk menguasai perlawanan dan menang.

OE menentang semula dan memenangi perlawanan kedua, tetapi mereka tidak dapat memenangi perlawanan yang ke-3 kerana pemilihan hero yang baik daripada EVOS. Dengan OhDeerBambi mendapat 6 kill pada awal perlawanan dan mereka telah menguasai momentum perlawanan dan menjatuhkan OE. 

Notorious Villains 1-2 Axis Esports

Notorious Villains juga bergelut dengan prestasi mereka dan kelihatan hilang arah semasa menentang Axis Esports. Axis juga tidak bermain dengan baik, tetapi perlawanan ini berada di arah yang betul. Berada dalam tekanan yang tinggi semasa perlawanan 1, NV telah tewas. Walaupun mereka berjaya memenangi perlawanan kedua, ia tidak mencukupi. Selain itu, Rynn yang memilih Harith telah mendominasikan dalam perlawanan ketiga untuk membantu Axis menang. 

Team SMG 2-1 Notorious Villains

Notorious Villains mengalami nasib yang sama ketika menentang Team SMG yang bermain secara baik bagi kedua-dua minggu. NV mencuba untuk menang pada awalnya dengan membuat pilihan hero untuk perlawanan yang awal tetapi SMG telah menguasai perlawanan tersebut dan menang.

NV telah dapat kill yang banyak dalam perlawanan kedua dan berjaya memenangi perlawanan itu, tetapi semasa perlawanan ketiga, pemilihan hero yang kurang baik telah memakan diri mereka lagi sekali. Dengan adanya Smooth dalam SMG, NV sukar sekali mendapat peluang. Kredit kepada Raisyaa (Faramis) juga kerana telah berjaya mengawal hero lawan untuk memberi kill kepada rakan pasukannya.

Kejatuhan

Team SMG 2-1 Bosskurr

Selain daripada Siren Clan dan Todak, Bosskurr adalah pasukan yang seterusnya bergelut dengan prestasi mereka. Minggu ini juga tidak begitu baik dan walaupun memenangi perlawanan pertama dengan mencuri Lord daripda SMG, Bosskur tetap kelihatan tidak berdaya untuk menentang semula. 

Walaupun dengan adanya kehadiran 2ez4Jepv (sebelumnya pemain Geek Fam) dalam pasukan mereka, Bosskurr tetap tiada peningkatan. Namun begitu, mereka diketahui membuat kemunculan semula saat akhir, jadi tidak banyak yang dapat kita ulaskan mengenai mereka lagi.

Nantikan minggu ketiga Musim Liga MPL-MY/SG iaitu pada 14 dan 15 Mac.

Share: