Minggu ketiga diakhiri dengan kemenangan berterusan oleh juara Musim ke 4, Geek Fam.

Musim ini, Geek Fam dilihat sememangnya mempunyai misi untuk merampas kembali takhta juara dari pasukan Singapura. 

Walaubagaimanapun, pasukan-pasukan Top-3 liga kali ini, Harimau Putih Singapura; EVOS SG dan Resurgence sudah pastinya, tidak akan mengalah dengan begitu saja. Mampukah Geek Fam merampas kembali takhta juara?

Dominus memainkan peranan besar dalam kejayaan pasukannya sebagai Mages, dia memimpin rakan sepasukannya dengan kill sebanyak 50+. Mampukan pasukan ini kembali menjai juara Musim ke 5?

Strategi baru dari para pasukan.

Siren Clan dan Todak berjaya mendapatkan kemenangan mereka yang pertama selepas menewaskan Notorious Villains dan pasukan Bosskurr.

Siren pada minggu ini menunjukkan permainan yang baik. Dengan meta hero yang hebat dan team strategi yang bagus membuatkan pasukan ini semakin menyerlah.ABCE, daripada pasukan Siren telah menggunakan Selena dengan sangat baik. Abysol arrow yang lepaskan sentiasa mengenai pihak lawan. Dapatkah mereka mengekalkan momentum yang sama pada minggu harapan?

Selain itu, bagi pasukan Todak mungkin minggu ini boleh jadi titik perubahan bagi mereka? Pasukan ini dilihat mengatur strategi baru ketika menentang Bosskurr pada perlawanan penentuan pada game ketiga. Toak melakukan turret dive yang sngat bagus, dari segi pemilihan hero, pasukan ini dilihat lebih bijak dan berhati-hati.  Apa strategi yang digunakan oleh mereka pada minggu ini boleh diguna pakai pada minggu hadapan? 

Selain itu, Notorious Villains meneruskan gaya permainan yang lemah sekali, mengakhiri Minggu ke-3 mereka dengan tewas dalam 2 perlawanan. Apakah yang terjadi kepada pasukan ini?

Prediksi minggu hadapan

Minggu ini telah berakhir dengan aksi-aksi yang sangat hebat ditunjukkan setiap pasukan. Adakah Geek Fam akan terus memenangi perlawanan yang akan datang dalam menentang Resurgenece? Perlawanan ini sememangnya tidak dapat ramal kerana kedua dua pasukan hebat ini, mempunyai kelebihan masing-masing. 

Perlawanan pertama pada minggu keempat akan menyaksikan pasukan Todak menentang Axis Esports dan Orange Esports Reborn. Pada ketika ini, Axis dilihat lebih menyerlah, tetapi adakah pasukan Todak boleh mengalahkan mereka? 

Team SMG pula akan menentang pasukan Resurgence paa perlawanan minggu 4. Ini adalah satu perlawanan yang sangat menarik. Kedua dua pasukan ini sangat hebat an boleh bermain dengan baik. Tapi kita hanya memerlukan satu juara, jai pasukan manakah yang akan berjaya? 

Xorn, Geek Fam telah telah menjadi MPV of the week pada minggu ini dengan menunjukkan kemahiran multirolenya pada Minggu 3. Daripada peranan Tank biasanya, dia bermain sebagai Assassin, menguasai lawannya dan memperoleh kemenangan 5 kali secara berturut. Dia merupakan pemain yang berbaloi untuk ditonton. Dapatkah kapten ini membawa kemenangan sekali lagi untuk GeekFam pada minggu hadapan?