Pada minggu pertama permulaan musim Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) Musim Kelima,kita dapat lihat pelbagai kejutan dan aksi yang menarik telah diberikan oleh semua pemain. 

Geek Fam menguasai land of Dawn 

Mungkin terlalu awal untuk kita mengatakan bahawa pasukan Geek Fam akan menjadi kembali menjadi juara pada musim ini. Tetapi, sudah terbukti pada minggu pertama, mereka mampu mengalahkan juara MPL Musim Keempat. 

Pada minggu pertama, kita dapat menyaksikan pasukan Geek Fam memberikan permainan yang cukup sempurna dalam menentang kedua dua pasukan lawannya iaitu EVOS SG dan Team Bosskur.

Geek Fam vs Team Booskur

Perlawanan permulaan yang sangat sengit bagi kedua dua pasukan dimana Geek Fam yang telah ditewaskan pada perlawanan pada perlawanan pertama bangkit semula setelah membaca strategi yang ditunjukkan pemain Team Booskur. 

Geek Fam dilihat mengganti kan pemainnya iaitu Rumpel dan membawa masuk Ozoraveki ke dalam permainan dalam perlawanan ke 2 dan 3. Kali ini strategi mereka dilihat membuahkan hasil, diikuti dengan kehebatan Feekz yang menggunakan Granger telah berjaya menewaskan pasukan Team Bosskur dengan kemenangan 2-1. 

Geek Fam vs EVOS SG

Geek Fam dilihat dapat menepis semua serangan daripada sang juara musim keempat itu. Geek Fam yang selesa di kemenangan pertama telah dikejutkan dengan cubaan EVOS SG untuk mengambil alih perlawanan perlawanan kedua. Malang bagi EVOS SG, epic comeback yang dahsyat telah dilakukan oleh Geek Fam telah menghalang niat mereka untuk menguasai perlawanan kedua itu. 

Paruh Todak Masih Tumpul

Musim ini nampaknya tidak begitu baik buat Todak. Pasukan itu dilihat tidak menunjukkan prestasi cemerlang seperti Musim lalu. Kekalahan berturut- turut telah meletakkan mereka ditempat kedua terakhir pada carta kedudukan minggu pertama. Apa agaknya silap mereka pada Musim ini? Dengan skuad yang tidak berubah, adakah todak-todak ini, mampu membalas dendam mereka? 

Todak vs EVOS SG

Todak dilhat kurang momentum dalam perlawanan menentang EVOS SG. Pasukan Todak yang dilihat sedikit memandang rendah terhadap juara musim lepas itu, telah memilih meta dan strategi yang salah ketika menentang EVOS SG. Juara musim lepas itu dilihat membelasah pasukan Todak dengan masa kurang dari 8 minit sahaja pada perlawanan pertama dengan 11-1 kill. Pokemon dari pasukan EVOS SG yang menggunakan Bruno memang tiada ubat nya. Critical damage dan stacks yang dihasilkan oleh hero itu, sukar untuk ditandingi oleh Todak.  

Todak vs Notorious Villains (NV)

Todak pada hari kedua masih tidak menunjukkan prestasi yang memberansangkan. Kalah pada perlawanan pertama, Todak berjaya merampas semula kemenangan pada perlawanan kedua. Tetapi malang bagi mereka, strategi itu dapat dibaca oleh NV seterusnya menyebabkan kekalah 2-1 pada pasukan mereka. 

Keputusan Keseluruhan Perlawanan

Berikut adalah ringkasan keputusan dari Hari 1 Musim Liga Musim kelima. Juara musim ke empat EVOS SG MY telah menunjukkan permainan agressive dan tiada belas kasihan sama sekali kepada pasukan Malaysia Todak dengan memperoleh kemenangan 2-0. 

Pasukan baru Orange Esports Reborn pula dilihat menunjukkan permulaan baik bagi sebuah pasukan baru dengan kemenangan 2-1 terhadap pasukan Axis Esports.

Juara Musim ketiga pula dilihat dapat menunjukkan permainan yang baik ketika menentang Team Bosskur seterusnya memperoleh kemenangan 2-1. 

Malang bagi pasukan baru, Siren Clan. prestasi yang ditunjukkan tidak cukup untuk mengalah pasukan kuat Singapura, Resurgence. 

Manakala, pada hari kedua pula Todak dilihat terus mempamerkan kekalahan mereka dengan satu lagi prestasi mengecewakan terhadap Notorious Villains. Menjuarai pada hari pertama, pasukan Orange Esports Reborn kalah pada perlawanan menentang Team SMG pada hari kedua. Siren Clan pula dilihat masih menunjukkan prestasi corot setelah kalah 2-0 pada Axis Esports.

Manakala, Juara musim 3, Geek Fam, kelihatan hebat mengungguli carta kedudukan tempat pertama setelah mengalahkan kedua dua pasukan hebat EVOS SG dan Team Bosskur.

Share: