Selepas beberapa bulan pertandingan, akhirnya Liga e-sukan MPL-MY/SG Musim 5 yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM221,500 ini telah sampai ke penghujungnya. 

Dalam kejohanan selama tiga hari itu menyaksikan wakil dari pasukan Singapura, Resurgence telah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pesaing dari Malaysia, Geek Fam dengan mata 3-1. 

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Resurgence dengan kemenangan yang telah diperoleh. ly4ly4ly4 pula telah dinobatkan sebagai MVP pada hari ini setelah menunjukkan permainan luar biasa sepanjang Musim Liga dan Playofffs.

Ketua pasukan Resurgence, Eugene “Kayzeepi” Kong berkata ketika temubual bersama pengulas bahawa pada game menentang Geek Fam sebelum ini, pasukannya tidak melaksanakan strategi yang telah mereka rancang dengan sempurna. Namun, dengan persediaan yang telah dibuat dan menyenaraikan segala kemungkinan yang akan berlaku, pasukannya gembira kerana berjaya mengalahkan ‘Singapura Slayer’, Geek Fam di perlawanan akhir MPL MY/SG hari ini. 

Katanya lagi, pasukannya berharap akan bertemu Pasukan Geek Fam sekali lagi di MPL MY/SG musim hadapan dan juga di pertandingan yang lain.

Separuh akhir: Resurgence vs Orange Esports Reborn

Perlawanan bermula dengan pasukan terkuat Singapura, Resurgence menentang pasukan baru dari Malaysia, Orange Esports Reborn. Mengikut prestasi statistik yang ditunjukkan, kita dapat lihat Resurgence mempunyai kelebihan dalam game ini. Ini terbukti dalam game pertama apabila Resurgence mengalahkan Orange Esports Reborn dengan 25 kill berbalas 0! 

Orange Esports Reborn yang dikenali sebagai ‘Dark Horse’ dalam MPL MY/SG Musim ini melakukan kesilapan pada game kedua dengan memilih dua hero assasin. Silvana yang di bawakan buat pertama kali dalam MPL MY/SG kali ini, telah membantu Resurgence, SynC untuk menghentikan pergerakan assasin dan mid laner pasukan Orange Esports Reborn. Seperti hilang arah dan tidak dapat melakukan apa apa, pasukan Orange Esports telah ditewaskan di minit ke 11, seterusnya meletakkan mereka ditempat ketiga di MPL MY/SG Musim 5. 

Akhir: Geek Fam vs Resurgence 

Pertembungan sekali lagi antara kedua pasukan terkuat dari Singapura, Resurgence menentang Pasukan Geek Fam, Malaysia. Resurgence memulakan game pertama dengan gameplay yang agresif. Kemenangan gold memberikan kelebihan yang besar kepada Resurgence, ly4ly4ly4 yang menggunakan Claude pula mengganas dengan damage yang sangat tinggi, seterusnya menumbangkan Geek Fam pada game yang pertama. 

Namun, kekuatan Geek Fam tidak boleh dipandang rendah, pasukan ‘Singapura Slayer’ itu telah berjaya membaca gameplay Resurgence sebentar tadi dan melakukan comeback pada game yang kedua. Mula menunjukkan taring mereka, Geek Fam memainkan gameplay yang lebih berhati hati. Dengan adanya empat hero crowd control (CC) dan area of effect (AOE) yang sangat besar memainkan peranan membantu pasukan Geek Fam mengambil kembali kawalan map. Feekz yang memainkan Karrie berterusan mendapat ‘Legendary’ akhirnya membantu pasukannya menumbangkan pasukan Singapura itu di game kedua. 

Dengan mata kemenangan yang seri, kedua dua pasukan memulakan game yang ketiga dengan berhati-hati. Perlawanan yang sangat sengit antara kedua pasukan yang masing-masing dilihat mengejar gold. Namun, kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasukan Geek Fam, telah digunakan seratus peratus oleh Resurgence. Disebabkan Resurgence menggunakan banyak purify spell dan outplay yang berhati hati tanpa melakukan kesilapan, kemenangan akhirnya menjadi milik Resurgence. 

Dalam game penentuan, Geek Fam cuba untuk mempertahankan kemenangan daripada jatuh ke tangan Resurgence. Namun, strategi yang dipamerkan oleh Geek Fam nampak nya tidak begitu efektif dengan memilih Minsitar dalam game tersebut. Pasukan Resurgence yang hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk membawa pulang piala MPL MY/SG Musim 5 itu telah mengganas dengan Kaja yang digunakan oleh Kayzeepi. Perbezaan gold yang tinggi dan kawalan map yang sempurna akhirnya membantu pasukan Resurgence menumpaskan Pasukan terhebat Malaysia itu, seterusnya menobatkan mereka sebagai juara MPL MY/SG Musim 5. 

Share: