Liga Professional Mobile Legends: Bang Bang Musim 5 (MPL-MY / SG S5) Playoffs, disokong oleh Penaja Yodoo, telah melabuhkan tirai pada hari kedua dengan menyaksikan 4 pasukan telah tersingkir iaitu Axis Esports, Team Bosskurr, Todak, dan EVOS SG.

Tahniah kepada pasukan Geek Fam, Resurgence dan Orange Esports Reborn yang layak ke peringkat seterusnya dan berpeluang merebut hadiah wang terkumpul RM221,500.

Dalam perlawanan yang pertama esok, pasukan Resurgence akan menentang pasukan baru, Orange Esports Reborn untuk melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir dan bertemu dengan Geek Fam! Siapakah yang akan menjadi juara MPL MY/SG Musim 5 kali ini?

Team Bosskur vs Orange Esports Reborn

Perlawanan hari kedua Playoffs bermula dengan pasukan daripada Lower Bracket. Orange Esport Reborn peringkat awal mengganas pada peringkat awal kerana byk hero pick off tapi sayang terlampau yakin masuk ke dalam kawasan turret. Leixia yang menggunakan Karrie merupakan midlaner yang sangat bagus memimpin Team Bosskur ke arah kemenangan. 

Walaubagimanapun, Orange Esports Reborn berjaya membuat epic comeback dengan gabungan Eren yang menggunakan Ling dan Wan Wan (Mal) berjaya menumpaskan Team Bosskurr di game kedua. 

Pada game penentuan, Orange Esports Reborn menumpukan strategi mereka dengan pengambilan objektif dan game play yang lebih berhati hati. Lord yang telah berjaya di ambil pada minit ke 11 akhirnya berjaya membuatkan Team Bosskur kecundang seterusnya mengingkirkan mereka dari MPL MY/SG Musim 5. 

EVOS SG vs Todak

Perlawanan pertama dimenangi oleh pasukan Singapura, EVOS SG setelah memainkan permainan yang agresif. 

Game kedua menyaksikan kekuatan late game EVOS SG mengeluarkan damage yang sangat sakit ke atas pasukan Todak. Namun, Nenasssss yang menggunakan Uranus berusaha melakukan split push tanpa henti untuk membantu pasukannya mengambil kawalan map seterusnya memenangi game kedua itu.

Malangnya, kesilapan Todak yang melepaskan Kaja kepada Fossa , EVOS SG telah membuatkan team itu kecundang di game penentuan. Damage yang sangat kuat dari pada EVOS SG,Oh Deer Bambi yang mendapat savage dalam itu, membuatkan pasukan Todak terpaksa mengalah seterusnya tersingkir daripada Playoffs. 

Geek Fam vs Resurgence

Perlawanan upper bracket yang sangat dinanti nantikan pada hari kedua Playoffs antara kedua dua pasukan nombor 1 Malaysia dan Singapura. Pada awal game yang pertama Geek Fam,Feekz yang menggunakan Granger memainkan peranannya dengan sempurna. Resurgence yang mempunyai 4 damage dealer dalam pasukan itu masih tidak mampu menahan serangan hebat dari Geek Fam seterusnya kecundang dalam game pertama itu. 

Pada game kedua pula, Resurgence dilihat bermain dengan agresif dan berjaya memperoleh kawalan map pada awal permainan. Namun usaha yang cuba dilakukan Resurgence tidak berhasil kerana sekali lagi Feekz yang menggunakan Claude pula telah mengganas. Sempat bermain dengan mengguna battle emote, team kesayangan Malaysia itu berjaya menumbangkan Resurgence pada minit ke12 dan terus mara ke Grand Final! 

EVOS SG vs Orange Esports Reborn

Dalam perlawanan lower bracket ini pula, pasukan baru, Orange Esports Reborn telah berjaya menewaskan Juara MPL MY/SG Musim 4! Pasukan Malaysia itu telah mempamerkan gameplay yang cantik serta kawalan map yang bagus pada awal permainan game pertama. Strategi pasukan Orange Esport Reborn yang hanya fokus kepada pengambilan objektif mereka dalam mendapatkan turret dan mengurang kan teamfight telah menumpaskan pasukan Singapura, EVOS SG. 

Dalam perlawanan kedua pula, EVOS SG yang kekurangan hero crowd control nampaknya memberikan kelebihan kepada pasukan Orange Esports Reborn. Pasukan Malaysia itu yang pada mulanya ketinggalan kill, telah membuat comeback dengan Eren yang menggunakan Ling. Satu keputusan yang mengejutkan, lord yg telah diambil oleh Orange Esports Reborn pada minit 21 telah menyingkirkan pasukan Harimau Putih itu daripada MPL MY/SG Musim 5.

Maka dengan ini, berakhir lah hari kedua MPL MY/SG Musim 5. Orange Esports Reborn, Eren sewaktu temubual bersama pengulas menyatakan Orange Esports Reborn telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk perlawanan menentang pasukan gergasi Singapura, Resurgence pada esok hari. Dia menyatakan pasukan nya, akan membuat kelainan dengan tidak menggunakan meta hyper carry seperti team yang lain. Apakah nasib pasukan baru ini? Siapakah yang akan bertemu Geek Fam di peringkat separuh akhir nanti? Nantikan esok dalam MPL MY/SG Musim 5 Playoffs hari Ketiga. 

Share: