Minggu ketiga MPL-MY/SG, yang ditaja oleh Yoodo sebagai Telco Digital Rasmi, telah menyaksikan Geek Fam dan EVOS SG memenangi perlawanan mereka dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam musim liga. Selain it, Team Bosskurr dan Todak mencapai kemenangan mereka yang pertama.

Perubahan Nasib

Siren Clan 2-0 Notorious Villains

Siren Clan akhirnya membawa perubahan kepada kekalahan mereka. Dalam perlawanan mereka menentang Notorious Villains, pasukan yang diterajui oleh Kolia tersebut kelihatan tidak tersusun. Hanya dalam masa 10 minit, pasukan Siren telah mendapat skor 4-13 dalam perlawanan 1, dimana telah berjaya mendapat kemenangan. 

Persembahan yang kurang memuaskan dari NV dalam perlawanan ke-2 di mana mereka telah membawa kekalahan kepada diri sendiri (contohnya, gagal untuk membeli Necklace of Durance untuk menentang barisan hero healing Siren). Pujian patut diberikan kepada Babayaga apabila memainkan peranan penting, terutamanya sebagai hero Karrie dalam perlawanan ke-2 dengan KDA skor 8/1/3. 

Team Bosskurr 1-2 Todak

Kedua-dua pasukan ini bermula dari tempat yang sama iaitu rekod tanpa menang. Perlawanan pertama agak panjang, tetapi hero Cikuuuuu iaitu Wanwan telah melakukan kesilapan dan dapat dibaca oleh hero yang digunakan oleh Logan, Kaja. Hal ini telah memaksa Todak untuk memasuki pergaduhan tetapi kalah dan memberi ruang kepada Bosskurr untuk memenangi perlawanan tersebut. 

Namun begitu, Todak tidak menyerah kalah. Dalam perlawanan ke-2 dan ke-3, mereka menyerang habis-habisan dan memperolehi kemenangan dengan bantuan Xrayyyyy (Leomord, Chou), Moonnnnn (Selena,Cecilion), dan Cikuuuuu (Ling,Karrie).

EVOS dan Geek Fam terus cemerlang

EVOS SG 2-0 Siren Clan

EVOS SG meneruskan prestasi mereka yang stabil dengan menjatuhkan Siren Clan walaupun mereka melakukan kesilapan. Pemain EVOS, Fossa, bermain hero Kimmy dengan skor KDA 7/3/15, dalam prestasi hampir sempurna. 

Dalam perlawanan ke-2, EVOS menghangatkan lagi suasana dan mereka telah mengawal perlawanan sejak dari awal lagi. Perlawanan pertama adalah sangat sengit dan menarik (masanya 24 minit 30 saat), manakala perlawanan ke-2 mengambil separuh daripada masa tersebut untuk tamat dalam 12 minit 31 saat.

EVOS SG 2-0 Team SMG

SMG akhirnya telah mengalami kekalahan. Dalam perlawanan pertama menentang EVOS, pasukan Malaysia tersebut terpaksa untuk bermain secara bertahan. SMG tidak dapat membalas lawan, walaupun menyumbangkan banyak gold kepada Smooth. 

Mereka menentang kembali dalam perlawanan ke-2, namun EVOS telah menunjukkan displin yang menakjubkan dalam mengutamakan objektif daripada menjadi tamak untuk mendapat gold. Mereka menawan tower demi tower dan berjaya mengalahkan SMG walaupun skor kill perlawanan ini rendah. 

Geek Fam 2-0 Axis Esports

Geek Fam mempunya corak permainan yang kukuh dalam perlawanan pertama dan menghalang beberapa hero terbaik Axis Esports, seperti Jawhead kepunyaan KaiserX dan Valir kepunyaan Lacid). Hanya dalam masa 8 minit sahaja, skor yang tercatat adalah 2-10, dan OZORAVEKI (Claude) telah mencapai level 14 sementara pemain Axis masih berada di level 8! 

Loong, kebiasaanya merupakan damage-dealer utama bagi Axis, tidak dapat menentang dalam situasi yang tertekan. Situasi yang sama terjadi semasa perlawanan ke-2, dengan Xorn menguasai Axis dengan heronya Ling (10/1/4) telah menamatkan perlawanan dengan 16-3 hanya dalam masa 9 minit!

Geek Fam 2-0 Team SMG

Perlawanan pertama bermula dengan sama rata, tetapi SMG telah menyeret perlawanan tersebut dan menyebabkan kekalahan mereka. GF mengumpul kelebihan mereka secara perlahan-lahan dalam perlawanan yang terakhir dengan hero Xorn iaitu Ling yang telah terbukti sebagai ancaman lagi sekali perlawanan yang mengambil masa 24 minit. Begitu juga terjadi dalam perlawanan ke-2 dimana juara musim ke-3 tersebut menghancurkan SMG sekejap sahaja dengan penguasaan awal dan skor KDA 6/2/13 pada hero OZORAVEKI iaitu Karrie.

Kejatuhan bagi Villains dan Axis

Orange Esports Reborn 2-0 Notorious Villains

Notorious Villains di dalam keadaan yang teruk. Perlawanan pertama telah memperlihatkan Orange Esports betul-betul menghancurkan mereka dimana Mal (Granger) dapat membaca gerakan pasukan Singapura tersebut. 

Perlawanan ke-2 telah beralih menjadi siri pertempuran kecil-kecilan apabila kedua-dua pasukan telah membuat kesilapan berkali-kali, seperti kedudukan yang kurang baik. Perlawanan tersebut telah diseret sehingga minit 20 kerana tiada satu pasukan pun menunjukkan kawalan yang mencukupi. 

Meskipun begitu, Orange berjaya mendapat kemenangan. Permainan yang paling menarik adalah apabila perlawanan 1v4 daripada Mal yang menggunakan Karrie, dimana dia jatuh dalam perangkap Time Rewind Diggie (dimain oleh Kolia), tetapi berjaya melarikan diri, dan juga mendapat dua kill sebagai bonus.

Team Bosskurr 2-1 Axis Esports

Axis kelihatan jatuh lebih jauh selepas menentang Team Bosskurr, satu lagi pasukan yang ingin menebuskan dirinya selepas dua minggu tidak membuahkan hasil prestasi yang baik.

Sementara itu dalam perlawanan pertama telah melihat Axis memenangi dengan cepat hanya dalam masa 12 minit, perlawanan ke-2 dan ke-3 adalah milik Bosskurr, dengan adanya pemain duo Leixia-Rush (Marksman-Mage) memainkan peranan utama dalam mendapatkan kills. Terutamanya, Leixia memperolehi skor yang mantap iaitu 9/2/4 dengan hero Karrie dalam perlawanan ke-3!