Minggu kelima MPL-MY/SG, yang ditaja oleh Yoodo sebagai Telco Digital Rasmi, telah menyaksikan Resurgence dan Geek Fam layak ke Upper Brakcet Playoffs manakala, Siren Clan dan Notorious Villains telah disingkirkan. 

Resurgence 2-0 Notorious Villains

Perlawanan ini berpihak kepada satu pihak sahaja kerana beberapa kesilapan daripada pasukan Notorious Villains termasuklah bermain secara berlebihan. Resurgence telah menamatkan perlawanan tersebut dengan skor 3-30 dalam masa 13 minit. Perkara yang sama terjadi dalam perlawanan kedua, dimana RSG telah menang 27-9 dalam masa 12 minit. 

Resurgence 1-2 EVOS SG

Ini merupakan satu-satunya perlawanan yang RSG telah tewas bagi keseluruhan Musim Liga kali ini. EVOS mempunyai kelebihan pada awal perlawanan pertama, dan mereka perlu menamatkannya dengan segera. Mereka berbuat sedemikian dengan menunjukkan disiplin semasa bermain dan tahu kekuatan mereka. 

RSG bangkit semula pada perlawanan kedua, tetapi perlawanan tersebut telah menjadi cabaran selama 30 minit dimana RSG telah menangi dengan menakluki Lord. Perlawanan ketiga sama seperti perlawanan pertama dengan EVOS cuba untuk menamatkan perlawanan tersebut dengan cepat menerusi kelebihan awal mereka. Dalam masa 12 minit, mereka berjaya menumbangkan base RSG dan menang.

Geek Fam Kekal Dominan

Orange Esport Reborn 0-2 Geek Fam

5 minit dalam perlawanan, Geek Fam telah mendahului OE. OE telah mengalami kekurangan damage dan tidak mampu untuk merapatkan jurang mereka dengan GF kerana hero Dominus iaitu Valir. 

Dalam perlawanan kedua, perkara yang sama juga terjadi. Dengan hero Dominus (Nana, 6/1/8 KDA) dan hero Feekz (Bruno, 7/0/3 KDA) mengetuai perlawanan tersebut dan memenangi perlawanan dengan 2-0. 

Team Bosskurr Menempah Tempat di Upper Bracket.

Orange Esports Reborn 1-2 Team Bosskurr

Bosskurr telah mengetuai perlawanan pertama pada awalnya tetapi tidak mampu menguasainya. Momentum antara kedua pasukan berbalas-balasan tetapi lebih kepada pihak OE. OE memenangi perlawanan pertama, berterima kasih kepada hero Mal, Bruno. 

Leixia telah memainkan hero Karrie (8/1/7 KDA) dalam perlawanan kedua telah berjaya membawa pasukannya kehadapan. Menyamai dengan pasukan OE semasa perlawanan ketiga namun satu kesilapan teamfight memberi semangat kepada Bosskurr untuk menang. 

Team Bosskurr 2-0 Notorious Villains

NV sudah pun kalah semasa membuat pemilihan hero, dengan pasukan Bosskurr membalas pilihan hero NV iaitu Karrie dengan hero Uranus dan Esmeralda. Bagi perlawanan kedua, kelihatannya perlawanan berpihak kepada NV memandangkan Bosskurr mengalami masalah untuk memberi damage. Namun, kerana membuat keputusan yang salah, NV telah membenarkan mereka tertangkap dan menyerahkan kemenangan kepada Bosskurr. 

Todak: Orang yang di Kepung Adalah Orang Berjuang Paling Kuat.

Todak 2-0 Axis Esports

Axis kelihatan tidak tersusun. Todak telah berjaya mendahului perlawan pertama dengan hero Cikuuuu, Roger (13/2/3) dan hero Moonnnn, Carmilla (3/2/11).

Perlawanan kedua melihat Axis mendahului namun Todak telah menyerikan skor mereka. Seperti perlawanan pertama, Axis berterusan memasuki perlawanan tanpa kesemua pasukannya. Todak, semestinya telah mengambil peluang tersebut untuk snowball tanpa kawalan. 

SMG 1-2 Todak

Kerana keagresifan SMG semasa perlawanan pertama, Todak telah membalas semula. Terutamanya mereka telah kelihatan menghalang ombak minion. Ini bukanlah satu taktik yang baru, namun salah satu yang jarang pernah kita saksikan. 

Perlawanan kedua adalah berbeza. Wipe Out pada minit 3 telah menjadi titik permulaan kesilapan Todak dan SMG mengalahkan mereka. Untungnya, Cikuuuu telah mampu untuk memilih Ling sekali lagi dalam perlawanan ketiga dan menjadi tidak terkawal, dengan memperolehi KDA terakhir iaitu 4/1/13. 

Todak 1-2 Orange Esports

Walaupun komposisi hero di late game, Todak telah pun mendominasi pada awal perlawanan pertama. Hero Moonnnn, Cecilion, merupakan MVP dengan 4/0/15 KDA. OE telah bermain dengan Todak yang tiada pengalaman dalam meta sekarang semasa di perlawanan kedua, dengan ban Cecilion. Moonnnn telah terpaksa bermain dengan Carmilla dan dia tidak mampu untuk memainkannya dengan baik dimana telah menjatuhkan pasukannya. 

Perlawanan ketiga sangat sengit, kedua-dua pasukan sama-sama mempunyai peluang untuk menang. Tetapi, hero Silo, Jawhead telah mengejar dalam membantu OE untuk menang dengan menangkap musuh dan menyelamatkan ahli pasukan.

Axis Esports berjaya ke Playoffs dengan peluang yang tipis

Axis Esports 0-2 Reurgence

Sejarah berulang kembali bagi pasukan Axis Esports. Perlawanan pertama telah menyaksikan kedua-dua pasukan bermain secara teratur. Malangnya, RSG lebih bagus dan hero ly4ly4ly4, Karrie (4/1/3) menyingkirkan  mereka untuk menang. 

Perlawanan kedua adalah bertentangan. RSG menekan Axis secara berterusan pada awalnya dan meneruskan matlmat, menamatkan perlawanan tersebut dengan satu perlawanan yang bagus dalam base Axis. 

Villains dan Sirens, Tumpas

Geek Fam 2-0 Notorious Villains 

NV mencuba sehabis baik untuk bertahan tekanan semasa awal perlawanan pertama, namun GF dengan mudahnya snowball diluar kawalan NV. Perlawanan kedua adalah seri, tetapi NV telah membuat kesilapan kecil dimana telah membenarkan OZORAVEKI untuk split-push dan menang sementara mereka sedang merebut Lord. 

Orange Esport Reborn 2-1 Siren Clan

Siren telah mencuba sehabis baik pada musim ini, namun disebabkan kurang pengalaman telah membuatkan mereka tersungkur. Perlawanan pertama kelihatannya berpihak kepada OE, namun Siren mempunyai rancangan lain. Hero Ambuste, (Esmeralda, 14/1/4) telah berjaya untuk bangkit dan menentang OE. 

Walau bagaimanapun, mereka tidak mampu untuk mengekalkan momentun mereka. Perlawanan kedua telah melihat OE out-drafting mereka, sementara pada awal perlawanan ketiga telah dimenangi oleh pasukan OE. Hero Eren, Cecilion, merupakan MVP dengan 2/1/8 KDA. 

Team Bosskurr 2-0 Siren Clan

Perlawanan terakhir Siren telah memperlihatkan pasukan Bosskurr bermain dengan agresif semasa perlawanan pertama dan memaksa Siren untuk menjadi pasif. Dengan permainan yang baik, Bosskurr telah membuat pick-offs untuk menang. Siren cuba untuk melawan semula semasa perlawanan kedua dengan mengambil objektif dan mencuri Lord. Namun, ia tidak mencukupi dan Bosskurr mencuri Lord kedua untuk menang.

Playoffs MPL-MY/SG akan dijalankan pada 1 hingga 3 Mei. 

Untuk menonton perlawanan Playoffs secara langsung, sila ikuti laman Facebook MLBB di https://www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia/. Muat turun secara percuma aplikasi Mobile Legends: Bang Bang di Apple App Store atau Google Play.