Pasukan Singapura, Resurgence pada minggu ke-2 berada pada kedudukan teratas selepas mengalahkan pasukan Orange Esports Reborn dan Todak.
Setelah dua minggu berada di Musim Liga MPL MY/SG Musim 5, Resurgence dilihat telah menyapu habis kemenangan.
Manakala dapat dilihat bahawa line-up baru yang dibawakan oleh Resurgence telah menunjukkan kehebatan yang luar biasa apabila keganasan mereka terhadap Orange Esports Reborn berjaya mendapatkan kemenangan 2-0.
Pada perlawanan menentang pasukan Orange Esports Reborn, Sync aka ‘Mother of Pharsa’ telah menunjukkan skill yang luar biasa. Tanpa belas kasihan, damage yang dihasilkan oleh Pharsa membuatkan pasukan Orange Esports Reborn kaku dah tidak boleh melakukan apa apa.
Nampaknya pasukan Todak masih tidak mampu untuk mendapatkan sebarang mata selepas mereka kalah dengan Resurgence 2-0. Dengan adanya SynC, ly4ly4ly4 dan Jason, pasukan Resurgence mempunyai aura yang luar biasa.
Apa agaknya yang akan berlaku pada minggu ke-3? Adakah Resurgence akan kekal sebagai juara 6-0, yang tidak dapat ditewaskan?Mungkin Resurgence akan mengambil tempat EVOS SG sebagai juara pasukan Singapura untuk Musim 5 ini?
Strategi baru dari para pasukan.
Pasukan Geek Fam berada pada tempat ke-2 dan kedudukan mereka semakin kukuh dengan menggunakan taktik 5598 strategi emosi mengalahkan Siren Clan.
Pada minggu hadapan kita akan menyaksikan pasukan Geek Fam menentang Axis Esports dan Team SMG. Dalam pertandingan kedua dua bekas juara Geek Fam dan Axis Esports agaknya siapa yang akan memperoleh kejuaraan?
Masih awal untuk dikatakan tapi sekiranya Geek Fam kekal dengan strategi hebat mereka, kemenangan pastinya akan berpihak kepada pasukan itu. Tetapi, Geek Fam tidak boleh terlalu selesa kerana Axis Esports juga telah menunjukkan permainan yang bagus. Axis perlu memberi tumpuan kepada penyelarasan dan kerja berpasukan mereka sendiri.Dengan Loong dan Rynn di pihak mereka, Axis mungkin akan menunjukkan kemunculan yang tidak dijangka.
Pada perlawanan Team SMG menentang Notorious Villans minggu ini, SMG telah memilih hero Marsha yang telah banyak diubah suai dan 70% structual damage hero ini telah dikurangkan dalam perlawanan kedua mereka. Ternyata ia menjadi salah satu punca kekalahan mereka pada perlawanan tersebut. Gagal melihat kesilapan meta yang dilakukan oleh SMG, NV pula telah membuat keputusan untuk mengambil hero tersebut pada perlawanan ketiga dan ternyata mereka juga tewas dalam perlawanan itu.
Persoalannya mengapa kedua pasukan ini tidak menggunakan strategi dan pemilihan meta yang lebih bagus?
Pada minggu hadapan kita akan menyaksikan pasukan SMG menentang juara Musim lepas, EVOS SG. Sejak permulaan Musim 5, Pasukan SMG telah menguasai carta kedudukan. Walaupun EVOS belum mencapai kehebatan maksima mereka,harimau Singapura ini masih menjadi kekuatan yang harus ditakuti. Jika kesilapan yang sama dilakukan oleh SMG dengan memilih Marsha pada perlawanan akan datang berulang, kita mungkin dapat menyaksikan kemenangan mudah diperoleh oleh EVOS SG.
Prediksi minggu hadapan
Minggu ini telah berakhir dengan aksi-aksi yang sangat hebat ditunjukkan setiap pasukan. Adakah Resurgence akan terus memenangi perlawanan yang akan datang?
Apa yang terjadi dengan pasukan Siren Clan? Bila mereka akan memperoleh kemenangan?Pada minggu hadapan pasukan ini akan menentang Notorious Villains dan EVOS SG. Apakah strategi yang boleh mereka hasilkan untuk mengalah kedua dua pasukan hebat ini? Atau mungkin mereka hanya mampu mengharap kan keajaiban akan datang?
Pasukan Bosskurr masih sukar untuk mendapat kemenangan pertama mereka selepas kalah dengan pasukan SMG. Tetapi, perlawanan menentang Todak pada minggu hadapan mungkin akan memberikan cahaya baru pada pasukan ini? Sekiranya Todak masih tidak mampu untuk bangkit pada Minggu hadapan, dan berterusan melalakukan kesilapan, Team Bosskurr harus pandai menggunakan peluang itu untuk memperoleh kemenangan.
Smooth dari pasukan SMG dan Mal dari Orange Esports Reborn adalah pemain yang selalu melihat untuk mencari kill. Smooth berada di carta teratas dari segi kill iaitu sebanyak 62 kill daripada 9 perlawanan. Mal dari Orange Esports Reborn pula berada di belakang Smooth dengan 61 kill dari 11 perlawanan. Namun begitu, pasukannya ketinggalan dari segi kemenangan perlawanan. Bolehkah kedua-dua pasukan akan teruskan dominasi mereka dengan lebih banyak kill?