Minggu keempat MPL-MY/SG, yang ditaja oleh Yoodo sebagai Telco Digital Rasmi, telah menyaksikan Resurgence berjaya mengukuhkan kedudukan mereka dengan rekod kemenangan 6-0 manakala Geek Fam dan EVOS SG kalah. Selain itu, Team Bosskurr dan Todak terus menunjukkan kemajuan dalam prestasi mereka.

Geek Fam 2-1 Todak

Menentang pasukan yang berprestasi kurang baik, Todak, GF mampu mengawal momentum perlawanan pertama. Ini kerana Cikuuuuu dari pasukan Todak telah beberapa kali ditumpaskan kerana posisi yang kurang baik. 

Namun, dalam perlawanan kedua, dia telah membuat peningkatan tetapi masih kurang memuaskan. Dalam perlawanan ketiga, Feekz telah mempamerkan skill hero Hayabusa-nya untuk memecah belahkan dan berhadapan dengan kerosakan yang berat membolehkan Geek Fam memperolehi kemenangan.

Resurgence 2-0 Geek Fam

Pasukan Geek Fam telah memilih draf hero pada lewat perlawanan (Karrie, Natalia) manakala RSG memilih hero awal perlawanan dengan Kimmy dan Jawhead. Hero SynC, Kimmy telah berjaya menyingkirkan hero Feekz iaitu Karrie. 

Perlawanan kedua pula sangat bertentangan, apabila Geek Fam “snowball” menolak kepada perlawanan yang lambat. Namun begitu, RSG tidak menyerah kalah. Hanya memerlukan satu teamfight untuk menangkap GF membuat kesalahan dan wiped out. Kredit diberikan kepada seluruh pasukan RSG apabila melindungi hero Ly4, Karrie, dan membolehkan dia mengalahkan pasukan gergasi Malaysia. 

Resurgence Terus Mara ke Depan

Bosskurr 1-2 Resurgence 

Dalam perlawanan 1, Leixia (Karrie), Zaraki (X.Borg), dan 2ez4Jepv (Khufra) adalah tidak ternilai, khususnya Jepv, yang telah membuat AoE stun yang menakjubkan untuk memenangi perlawanan tersebut. 

Namun malang bagi Bosskurr apabila pasukan RSG kembali semula dalam perlawanan kedua. Keagresifan mereka pada awalnya dan pickoffs oleh Ly4Ly4Ly4 (8/0/5 pada Claude) telah berjaya mendapatkan kemenangan yang pantas dalam masa 9 minit bagi pasukan RSG.  

Momentum mereka dibawa sehingga ke perlawanan ketiga, dengan jumlah skor sebanyak 10-0 bagi RSG dalam masa 10 minit. Walaupun Bosskurr telah cuba untuk memperlahankan perlawanan tersebut dengan harapan untuk Leixia membuat comeback, tetapi RSG tetap memperolehi kemenangan.

Kekalahan EVOS yang Tidak Dijangka

EVOS SG 2-0 Axis Esports

EVOS EG telah mencatat rekod sebagai pasukan yang telah memenangi perlawanan yang terpanjang pada musim ini. 26 minit bagi perlawanan pertama, kedua-dua pasukan ini dalam situasi yang sama ketika berada di Lord, mereka tidak berani untuk memulakan perlawanan. Setelah banyak kali berdolak-dalih, EVOS telah berjaya menawan Lord untuk menang pada masa ke 35 minit. 

Bagi perlawanan ke-2, EVOS telah mengaplikasikan tekanan awal dengan berkesan. Hero Fossa, Granger, mempunyai 7/0/3 KDA telah membolehkan mereka menewaskan Axis dengan cepat. 

EVOS SG 2-0 Notorious Villains

NV kurangnya koordinasi dan kerap kali terperangkap dan kehilangan ahli pasukan tanpa sebab. Semasa OhDeerBambi telah mencapai level 13, XIAN pula hanya pada level 8. Pada satu tahap, Kolia (Tank Akai) tidak dapat memulakan perlawanan tanpa kematian hero-nya dengan segera. Secara biasa, dengan OhDeerBambi menggunakan Karrie mempunyai 13/1/3 KDA, EVOS menang perlawanan itu dengan mudah.

Perlawanan kedua juga hampir sama apabila Bambi mengalahkan mereka dengan Hayabusa (9/2/3), dan skor 13-5 dalam masa 8 minit. 

Bosskurr 2-1 EVOS SG

Dalam prestasi yang mengecewakan, pasukan EVOS telah kehilangan kemenangan berpanjangan mereka (winning streak). Juara bertahan pada awalnya bermain secara baik di perlawanan pertama, dan Fossa (7/0/2 pada minit-8) telah mengetuai pasukannya dalam memusnahkan kesemua tower Bosskurr dalam masa 10 minit. Ia adalah kemenangan yang mudah.

Namun, dalam perlawanan 2 dan 3 telah berpihak kepada pasukan Bosskurr apabila pasukan Malaysia tersebut bermain agresif pada awal perlawanan untuk memecah belahkan pasukan EVOS. Secara khususnya, pasukan EVOS telah melakukan kesilapan dengan tidak memilih barisan hero yang tepat dalam perlawanan ketiga dan membuatkan komposisi teamfight mereka lemah. 

Axis dan Todak Masih Biasa-biasa Sahaja

Todak 2-1 Siren Clan

Setelah kalah menentang GF pada hari pertama, Todak menembus kembali dirinya dengan menumpaskan Siren Clan. Perlawanan pertama telah menyaksikan Todak berada di hadapan pada awalnya, dengan Cikuuuu mendapatkan 6 kills dalam masa 6 minit. Pada masa ke 12 minit, jurang perbezaan gold adalah 12k, dan Siren tidak mampu menghalang Todak daripada mengalahkan mereka. 

Dalam perlawanan ke-2, Siren telah memilih Marksman di dalam drafnya apabila Todak tiada lansung, dan itulah faktor kemenangan Siren bagi perlawanan ke-2. Todak bermain secara agresif dalam perlawanan ketiga dimana Siren tidak mampu untuk bertahan. Babayaga hampir tidak dapat farm, dan pasukan tersebut berhadapan dengan kekalahan yang paling berat sepanjang Musim Liga iaitu 1-28. 

Team SMG 2-0 Axis Esports 

Axis berhadapan rekod tanpa menang pada minggu ini. Perlawanan pertama menentang pasukan SMG yang telah beri banyak tekanan pada hero Rynn yang menggunakan Karrie dengan menghalangnya daripada mendapat farm. Dengan kekalahan untuk mendapat kemenangan awal, Axis tidak mampu untuk mengejar kembali SMG.

Perkara yang sama terjadi dalam perlawanan ke-2 dimana Loong (Selena) dari pasukan Axis selalu tertangkap dan berhadapan dengan kematian sebanyak 5 kali dalam masa 10 minit! 

Sekali lagi, Smooth memperlihatkan skillnya pada Granger (6/0/7 KDA), dan Raisyaa juga memainkan peranan yang penting dengan Pharsa. 

Adakah SMG terlalu bergantung kepada Smooth? 

SMG 0-2 Resurgence 

Kebergantungan SMG terhadap Smooth boleh dikatakan sebagai punca kekalahan mereka. Dia beraksi dengan baik dalam perlawanan pertama menentang RSG, dengan memperolehi dua kills semasa tower dive sebelum minit yang pertama. SMG berjaya untuk mendapatkan kelebihan yang awal, tetapi RSG secara berlahan-lahan telah mengorak langkah mereka untuk kembali dalam perlawanan. Hero Kayzeepi, Grock, telah memainkan peranan yang ketara dalam menganggu pasukan SMG dan mengakhiri perlawanan tersebut dengan 6/2/9 KDA. 

Perlawanan kedua pula telah menyaksikan pasukan tunggal menentukan takdir pasukan SMG. Ly4Ly4Ly4 telah menewaskan Smooth dan mempertahankan moster kill untuk menumpaskan SMG, dan membolehkan pasukannya menang dalam masa 11 minit.

SMG 1-2 Siren Clan

Kekalahan berpanjangan diteruskan apabila susah berlawan dengan Siren Clan. Apabila SMG memenangi perlawanan pertama, Siren menewaskan mereka dalam perlawanan kedua dengan split push dengan prestasi baik hero Ambuste, Chou. SMG menang dalam perlawanan sekitar Lord tetapi terpaksa untuk akur untuk menyerahkannya kepada Siren. Siren mengambil kesempatan untuk mengunci perlawanan tersebut. 

Babayaga yang mempunyai KDA 4/0/5 membantu Siren mengambil kesempatan atas kekurangan koordinasi SMG dengan menjatuhkan mereka satu demi satu untuk mendapat kemenangan dalam siri ini.

Nantikan minggu kelima Musim Liga MPL-MY/SG iaitu pada 16 hingga 19 Apr. 

Untuk maklumat lanjut mengenai perlawanan, rancangan yang akan datang, atau untuk menonton perlawanan Musim Liga secara langsung, sila ikuti laman Facebook MLBB di https://www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia/ atau di laman web MPL-MY/SG http://mysg-s5.mpl.mobilelegends.com/. Muat turun secara percuma aplikasi Mobile Legends: Bang Bang di Apple App Store atau Google Play.