Musim Liga MPL MY/SG Musim 5 telah dilanjutkan pada minggu ini. Pada Minggu 4 kita dapat menyaksikan pasukan Resurgence daripada Singapura mengatasi pasukan nombor 1, Geek Fam daripada Malaysia. Apa agaknya sudah terjadi dengan strategi hebat yang ditunjukkan oleh Geek Fam sebelum ini? 

Resurgence kini berada carta kedudukan teratas dengan kemenangan 6 perlawanan (11 mata)  setelah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Apakah strategi baru yang mereka gunakan? 

Minggu hadapan adalah minggu penentuan untuk para pasukan sebelum mereka dapat melayakkan diri ke playoffs! Siapakah pasukan yang anda rasa akan menduduki upper dan lower bracket di playoffs nanti? Adakah musim ini, bakal menjadi milik Resurgence?

Strategi baru para pasukan

Dua pasukan Singapura, Resurgence dan EVOS SG dilihat menunjukkan taring mereka ke atas pasukan Malaysia dengan kemenangan bersih 2-0 ke atas lawan masing-masing. EVOS SG berjaya mengalahkan Axis Esport 2-0 manakala Resurgence pula 2-0 ke atas Team SMG. 

Kedua dua pasukan sudah semestinya akan dilihat di playoffs nanti, persoalannya siapakah yang anda rasa akan memenangi pertempuran EVOS SG vs Resurgence pada minggu hadapan?

Jika kita lihat menerusi permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Resurgence, sudah semestinya kerjasama pasukan dan permainan agresif di awal permainan akan sentiasa menjadi strategi utama mereka. 

Dalam permainan menentang Geek Fam pada minggu 4,Resurgence Ly4ly4ly4 berjaya mendapat MVP pada game 2 berbanding Feekz di mana mereka bermain role yang sama. Sekiranya prestasi Ly4ly4ly4 dapat dikekalkan, adakah Resurgence dapat mengalahkan EVOS SG, Notorious Villans, Axis Esport? 

Manakala, aksi mengejutkan dipamerkan Team Bosskurr apabila berdepan skuad Singapura, EVOS SG yang juga top 3 pada minggu keempat Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima.

Pada game ketiga iaitu game penentuan, Team Bosskur telah menggunakan meta hypercarry sebagai strategi mereka, meletakkan Leixia sebagai Claude yang jadi tonggak utama dalam perlawanan itu.Grock, Aurora dan Carmilla dipilih untuk crowd control dan membantu Claude mendapatkan kesemua farm dan buff.

Strategi itu akhirnya berjaya mengalahkan juara Musim 4 itu. Adakah mereka akan meneruskan strategi yang sama pada minggu hadapan untuk menentang pasukan Notorious Villans dan Siren Clan? Dapatkah mereka menempah nama dalam playoffs nanti?

Prediksi minggu hadapan

Minggu ini telah berakhir dengan aksi yang mengejutkan. Pasukan hebat Malaysia Geek Fam telah kecundang ketika menentang Resurgence. Dapatkah mereka merebut mata kemenangan milik Resurgence dengan memenangi perlawanan ke atas Orange Esport Reborn dan Notorious Villains. Jika dilihat dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Geek Fam, ini akan menjadi satu kemenangan mudah bagi mereka. 

Lain pula ceritanya dengan kejatuhan pasukan gergasi, Todak kini berada di kedudukan tengah, perlahan-lahan mencari kekuatan sebenar mereka. Ciku dari pasukan Todak dilihat mempamerkan permainan yang sangat mantap. Pada minggu hadapan, pasukan di tangga terbawah carta kedudukan Todak, Axis Esports, Siren Clan dan Notorious Villains harus berlawan habis habisan bagi mengumpul mata kemenangan untuk ke Playoffs. 

Pasukan Axis Esports yang masih dibayangi dengan diri mereka sendiri harus mencari strategi baru untuk menang ke atas Resurgence pada minggu hadapan. Dengan 5 mata perbezaan dan 2 lagi baki perlawanan, pasukan Axis Esports berdepan dengan potensi untuk disingkir kan dari Playoffs. Dapatkah bekas juara Musim 2 ini membuktikan potensi sebenar mereka pada minggu hadapan? 

Notorious Villians dan Siren Clan kini berasa lebih bimbang kerana mereka kini berada di dua tempat terbawah dalam MLBB. Notorious Villains yang berada di kedudukan tercorot setakat ini perlu menentang pasukan hebat iaitu Resurgence dan Geek Fam pada minggu hadapan untuk berada di Playoffs. Adakah nasib akan menyebelahi mereka? 

Mari sama-sama kita saksikan apa yang akan berlaku di Regular Season Week 5 pada 16-19 April pukul 2pm.